TENTANG SAYA

PROFIL: SAHFADRULADLI BIN ARIFFIN

Saya Adli, penulis blog WangEmas.Com yang saya mulakan pada Januari 2017. Saya dilahirkan pada 21 Oktober 1989. Saya adalah anak kelahiran Sabah, membesar di sebuah daerah kecil iaitu Kota Marudu, kemudian berhijrah Ke Kota Kinabalu & Sandakan untuk meneruskan khidmat kepada orang awam.

Mendapat pendidikan awal di SK Kota Marudu & SMK Kota Marudu sebelum melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) di dalam bidang Pemasaran Antarabangsa selama 3 tahun.

PENGALAMAN KERJA

Saya kemudiannya mula menimba pengalaman bekerja di Sutera Harbour Resort selama 3 bulan & mendapat tawaran untuk menjalani latihan Pegawai Kerajaan Negeri Sabah (SSL) di Jabatan Pembangunan Perindustrian & Penyelidikan (DIDR).

Pengalaman di DIDR banyak membantu saya untuk menyedari tentang peluang-peluang perniagaan & juga betapa emas merupakan aset yang ampuh untuk menyokong sesuatu perniagaan itu.

Kemudian pada tahun 2014, Saya ditugaskan untuk berkhidmat di Jabatan Pelabuhan & Dermaga Sabah sehingga ke hari ini.

MEMULAKAN SIMPANAN EMAS

Sebelum saya memulakan simpanan emas, saya mula mendapat maklumat awal berkenaan emas hasil daripada bacaan saya daripada blog Jutawanemas.com & juga Mohdzulkifli.com.

Mula menyedari akan kepentingan emas sewaktu di bangku sekolah (Tingkatan 6) & kemudian mula menggali ilmu dari pelbagai sumber. Di tambah dengan pengalaman saya dalam menyaksikan sendiri bagaimana emas sebenarnya adalah wang dalam kitaran modal perniagaan amat meyakinkan saya tentang logam berharga ini.

Saya mula membeli emas pertama saya pada tahun 2010 (1 Dinar Public Gold) & kemudian mula membeli beberapa jenis coin emas jenama lain (Kijang emas, GCP, Kuwait Finance). Malahan saya juga ada membuka akaun MGIA namun menutupnya kerana mendapati ianya tidak patuh syariah. Kemudian pada tahun 2012, Saya membuat keputusan untuk menjadi dealer Public Gold.

Waktu itu, niat saya hanyalah untuk tukarkan sebahagian simpanan kepada bentuk emas fizikal sebab saya yakin, emas adalah penyimpan nilai paling ampuh dan terbukti dalam sejarah manusia zaman berzaman. Walauapapun berlaku terhadap ekonomi negara mahupun dunia, kekayaan kita tetap bertahan, insyaAllah.

SAYA ADALAH MENTOR EMAS ANDA

Akhir sekali, tujuan blog ini dibina adalah untuk berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat sekalian tentang Emas Fizikal yang nampaknya semakin dilupakan walaupun ianya adalah salah sebuah instrumen ampuh di dalam dunia kewangan.

Alhamdulillah, rakan-rakan dunia emas yang saya kenali amat positif dalam menyampaikan ilmu emas ini kepada sahabat semua.

Terima kasih kerana sudi menjenguk ke blog ini. Kalau ianya bermanfaat, alhamdulillah, dari semasa ke semasa saya akan cuba untuk berkongsi ilmu dengan anda semua menerusi blog ini.

Moga dipermudahkan. Amiinnn.