KISAH TENTANG PERAK YANG DILUPAKAN

19 Jun

Haritu sedang stay2 dengan seorang sahabat, terkeluar cerita tentang perak. Katanya tak pernah pegang lagi perak. Jadi saya pun korek sana sini, manatau ada bawa. Memang jodoh sahabat & 10 dirham saya untuk bertemu. Memang menggamit kenangan kepada kisah tentang perak yang hampir saya lupakan.

Dalam gambar ni 10 dirham Public Gold pada tahun 2014 sebelum wujudnya LBMA. Jadi xda seal, boleh la pegang2. Emas perak ni kalau sudah pegang memang feel dia lain macam. Cantik ba, berat semacam, bekilau kilau lagi… perghhhh!

Sahabat pun bertanya, “dulu ko beli ni berapa’? tak dapat jawab soalan tu sebab lupa harganya dulu. Jadi terfikirkan soalan tu, apa lagi cari la emel yg lama2…. & akhirnya jumpa juga harga nya iaitu RM93.

Aik? RM93? Patut lah ndak ingat harga…. Rupanya murah pula.. RM93 ja!! Not bad juga perak ni… sebab sekarang harganya RM155 (10 dirham). Peningkatan harga sebanyak 66% dari tahun 2014. (Kalau beli berkilo-kilo tak kah cemerlang, gemilang & terbilang). Hehe..

10 Dirham

Patut la orang cakap “silver is a future gold” & memang proven juga la peningkatan harga dia. Potensi perak ni memang  lebih besar di sebabkan demand yang tinggi terutamanya untuk sektor  perindustrian.

Downside perak ni Cuma tidak boleh di “ar rahnu” kan macam emas. Jadi kalau anda seorang yang selalu memerlukan sesuatu yang mudah untuk dicairkan, perak bukanlah pilihan yang terbaik untuk anda. Namun saya berani untuk memberikan jaminan kepada anda, perak keluaran Public Gold Bila-bila pun boleh jual balik kepada Public Gold. (Kalau dah untung tu jual la, jgn tunggu lama-lama… haha).

Beza saiz perak & emas

Perbezaan ketara antara emas & perak ni adalah dari segi saiz. 250gram emas adalah lebih kecil saiznya daripada 250gram perak kerana perbezaan dari segi ketumpatan. Sebab tu ada seorang rakan saya pernah berkata “eh, malas la mau simpan silver, besar ba mau bawa jalan-jalan” haha.

Jadi ok kah silver ni?

Bagi saya memang ok. Tapi untuk long term investment sekurang kurangnya 5 tahun ke atas untuk keuntungan yang ketara. Saya sendiri ada menyimpan silver. Formula saya mengikut kadaran zakat dalam islam. Bagi setiap 85gram emas yang saya miliki, saya akan menyimpan perak sebanyak 595 gram. 😀

Sekian, Assalamualaikum.

Adakah artikel ini bermanfaat? Bantu saya dengan hanya share kepada orang lain. 🙂

Sahfadruladli Bin Ariffin
Public Gold Authorised Dealer (PG033785)
Tel: 013-559 5334

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *