KEISTIMEWAAN DEALER PUBLIC GOLD

1 Mar

Di Public Gold, tiada istilah harga ahli atau bukan ahli. Semua pelanggan, tidak kira mereka adalah pelanggan biasa atau dealer akan dapat menikmati harga rendah yang sama.

Samada mahu atau tidak, seseorang pembeli emas di Public Gold akan didaftarkan sebagai dealer sekiranya belian emasnya mencapai tahap layak didaftar sebagai dealer.

Persoalannya; apa keistimewaan dealer?

1. Dealer akan menikmati rebat tunai untuk SETIAP beliannya sendiri. Normal dealer akan menikmati rebat 1%, Priority Dealer 1.5% dan Master Dealer pula 2% diskaun. Rebat sebegini adalah merupakan untung awal bagi pembeli dan berupaya mengurangkan spread sesuatu item emas itu.


2. Dealer juga akan menikmati jumlah rebat yang sama untuk belian pertama orang yang diperkenalkan kepada Public Gold tidak kira orang itu membeli sebagai pelanggan biasa atau dealer.

3. Sekiranya orang yang diperkenalkan itu adalah pelanggan biasa, maka dealer akan terus menikmati jumlah rebat di atas pada SETIAP belian pelanggan tersebut.

4. Dealer akan menikmati Supervisory Incentive pada SETIAP belian dealer yang diperkenalkan olehnya. Jumlah insentif ini adalah subjektif bergantung kepada tahap dealernya dan juga tahap dealer yang diperkenalkannya.

5. Ada insentif di peringkat kumpulan yang akan dinikmati oleh dealer iaitu 0.1% daripada jumlah keseluruhan pembelian setiap pelanggan dan dealer yang diperkenalkannya kepada Public Gold.

6. Dealer juga akan menikmati 0.3% tambahan keuntungan daripada harga jualan balik item emasnya kepada Public Gold. Sekiranya pembeli terpaksa menjual balik item emasnya kepada Public Gold pada waktu harga belum “balik modal” maka keuntungan tambahan tersebut boleh bertindak sebagai pendekat jurang antara harga jualan balik dan modal asal pembeli.

7. Rebat tunai, insentif dan keuntungan tambahan sebenarnya tidak diambil dari bayaran harga belian atau harga jualan balik tetapi dibayar oleh Public Gold sendiri. Ini bermakna, setiap kali membuat belian, dealer akan tetap mendapat gram yang setimpal dengan bayaran harga, ditambah pula dengan rebat tunai sebagai insentif belian.

8. Dealer juga layak menikmati pelbagai keistimewaan lain yang disediakan khusus oleh Public Gold seperti Pakej Pelancongan, Pakej Kereta dan sebagainya.

Ringkasnya, gelaran dealer bagi Public Gold boleh dimanfaatkan untuk diri pembeli emas itu sendiri melalui belian sendiri atau boleh dijadikan cara menjana pendapatan pasif dan aktif secara jangka panjang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *