APA ITU GAP?

Public Gold merupakan syarikat pertama di Malaysia yang melancarkan program akumulasi emas (Gold Accumulation Program™ – GAP). Program ini bertujuan memudahkan orang ramai untuk membuat simpanan emas dengan modal serendah RM100 sahaja. Program ini disokong 100% oleh emas fizikal. Pembeli boleh mengeluarkan emas yang telah dikumpulkan di dalam akaun GAP ke dalam bentuk jongkong emas di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh negara.

Menurut mohdzulkifli.com, GAP tu nampak lebih kurang Akaun Emas yang ditawarkan KFH. Kita boleh beli emas, dan KFH simpankan emas untuk kita secara percuma. Bila-bila masa nak keluarkan emas tu, kita boleh keluarkan serendah 1 gram. Cuma kelebihan GAP, kita boleh mula walaupun dengan bajet 1 gram. Kalau KFH, belian pertama mesti 10 gram. Dengan GAP, kita perlu tinggalkan baki minimum 1 gram (supaya akaun kekal aktif), tetapi KFH kena tinggalkan baki minimum 2 gram.

Bagi pendapat saya, GAP ini amat sesuai bagi mereka yang takut nak simpan sendiri. Pelanggan saya sendiri ada yang tidak fikir panjang lagi, hanya beli dan simpan di dalam GAP. Katanya hati lebih tenang daripada simpan di rumah. Masalah kedua, nak beli emas tapi modal kecil. Bajet cuma sekitar RM100 – RM215 sahaja sebulan. Dengan GAP, mereka yang sedar tentang emas tetapi tidak mempunyai simpanan yang besar, inilah peluang untuk mereka mengumpul aset mampu milik di samping melatih diri mereka untuk menabung.